Isnin, 9 Mac 2009

Tip Didik dengan Mudah...

Tip Didik anak dengan Cara Betul

Tabiat anak kerap berubah dalam kehidupan kanak-kanak. Semakin lama diamalkan, semakin sukar untuk sesuatu tabiat itu dikikis.Tabiat positif boleh membentuk keperibadian seseorang misalnya tabiat makan yang betul, membaca doa sebelum tidur, bangun awal dan bersenam setiap pagi.Malangnya, sesetengah tabiat kanak-kanak pula bercorak negatif dan selalunya tidak kekal tetapi ada berterusan bertahun-tahun lamanya.

TABIAT KEBIASAAN ANAK-ANAK NORMAL

Tabiat yang ditunjukkan kanak-kanak adalah sesuatu perkara yang lazim tetapi kadangkala cukup merunsingkan ibu bapa.Umpamanya, kanak-kanak pada usia dua tahun memang sering menunjukkan sikap panas baran jika kemahuannya tidak dituruti. Pada usia semuda ini, dia hanya mementingkan diri sendiri. Mereka sering mengatakan "tidak mahu" atau menggeleng kepala. Tabiat ini adalah normal. Ibu bapa tidak perlu membuang banyak masa memujuk rayu anak mereka. Seeloknya, turutkan saja kemahuan mereka tetapi jika kemahuan itu tidak wajar, tidak perlu dilayan. Kanak-kanak ini akan tahu akhirnya, menunjukkan sikap panas baran tidak membawa faedah. Di samping memberi pendidikan dan nasihat, pemikirannya akan cepat matang. Tabiat panas baran akan beransur-ansur hilang dan dia akan lebih tahu menggunakan bahasa untuk menyatakan kehendaknya. Kadangkala, tabiat yang dipamerkan seseorang kanak-kanak itu tidak sesuai lagi bagi usianya. Umpamanya, kanak-kanak berusia lima tahun menunjukkan sikap panas baran. Seeloknya, dapatkan nasihat pakar yang arif mengenai perkembangan dan tingkah laku kanak-kanak supaya asas tingkah laku si anak dapat difahami sekali gus dapat menggunakan kaedah keibubapaan yang efektif.

Jalan penyelesaian :

1. ikutkan saja kemahuannya.... menasihat dengan lembut dan menerangkan dengan lanjut kenapa perkara itu dilarang sama sekali.
2.Adalah dinasihatkan agar menasihati dengan lembut semasa anak anda hendak tidur..


TABIAT SEMASA TIDUR

Ada sesetengah tabiat itu boleh terbentuk sejak bayi lagi misalnya bayi berusia setahun sering terjaga pada waktu malam untuk menyusu. Lazimnya, bayi tidak lagi berjaga malam menjelang usianya lapan bulan. Jika ia berlaku, kemungkinan bayi itu sering diberikan susu botol apabila menangis pada waktu malam.Jika bayi menangis waktu malam, ibu bapa atau penjaga hendaklah menidurkannya semula dengan menepuk badan atau membuainya. Bayi perlu dilatih supaya mudah melelapkan mata. Tabiat tidur malam juga boleh dibentuk. Contohnya, bayi mungkin hanya terlelap apabila televisyen terpasang. Selepas dia tertidur, pindahkan dia ke tempat tidur.Ada juga kanak-kanak yang hanya boleh tidur nyenyak selepas dibacakan buku cerita.

Jalan penyelesaian :

1. Bagi anak tidur bersama susu (pastikan tidak tersedak..) sambil tepuk/ dodoi anak, kadang-kadang bayi mahu tidur bersama ibu kerana mahukan perlindungan.
2.Ajar anak tidur dalam gelap dan pastikan anda aturkan masa tidur masa mengikut jadual
3. Usahakan anak anda tidur dengan persekitaran yang selesa seperti menyapu minyak bayi di perut, tapak kaki dan belakang.
4. Tukar pakaian, 'pampers' yang lembut dan bersih semasa hendak tidur


TABIAT SEMASA MAKAN

Tabiat makan yang betul mudah dipupuk. Peraturan makan diperkenalkan sejak kecil akan mendorong mereka mengamalkannya sehingga dewasa. Misalnya, tabiat membasuh tangan sebelum makan, menggunakan sudu dan garpu, minum air hanya selepas makan dan seumpamanya.Kanak-kanak yang tidak digalakkan makan sayur-sayuran mungkin tidak akan menggemarinya apabila besar. Makan bersama keluarga dan berdoa sebelum makan akan menjadi tabiat jika dibiasakan. Anak-anak sering mencontohi perkara yang diamalkan ibu bapa. Jadi, tidak menghairankan jika mereka turut menggemari makanan yang digemari ibu bapa mereka selain makanan disediakan di rumah yang juga mempengaruhi tabiat makan anak-anak.

Jalan penyelesaian :

1. Tanya anak anda semasa hendak tidur makanan apa untuk keesokan hari untuk sarapan ...
2. Makan bersama anak anda sambil menceritakan khasiat makanan-makanan tersebut.
3. Usahakan makanan yang digemari dan hiasi makanan dengan warna ceria.


TABIAT MENJERIT

Kanak-kanak sering terikut-ikut dengan tingkah laku dan bahasa digunakan orang dewasa di sekelilingnya. Seorang kanak-kanak berusia lima tahun dikatakan selalu menjerit dan menggunakan perkataan yang kurang manis didengar. Ibu bapa adalah contoh kepada anak-anak. Jika mereka mempunyai sifat seperti murah hati, pelembut, bersopan santun, suka menolong orang dalam kesusahan dan suka membaca, amalan ini akan mudah diterap kepada anak. Sebaliknya, jika ibu bapa suka bergaduh dan pemarah, ciri negatif itu mungkin akan dipelajari anak-anak.

Jalan penyelesaian :

1. Larang anak anda apabila melihat perkelahian antara adik beradik
2. Terangkan dan pujuk untuk amalkan barangan untuk berkongsi
3. Ajar anak anda tentang sifat tolong menolong semasa kecil lagi


TABIAT SUKA MENGAMBIL BARANG ORANG LAIN

Kanak-kanak bawah usia dua tahun lazimnya tidak boleh membezakan barang milik orang lain dengan barang milik sendiri. Oleh itu, apabila ternampak sesuatu yang menarik minatnya, dia akan mengambil tanpa memikirkan perbuatan itu salah. Ada kalanya tabiat itu wujud akibat perasaan kurang selesa, serba kekurangan atau bosan

Jalan penyelesaian :

1. Pesan kepada anak jika mahu kerumah jiran ajar jangan ambil, jika anak anda berkenan pastikan anak anda memberitahu tuan rumah mahukan barang itu
2.Pastikan anda menasihati dengan lembut agar anak anda tidak buat perangai semasa mahu mengukut anda keluar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan