Sabtu, 7 Mac 2009

Tip berjimat cermat...

BERJIMAT CERMAT DI USIA MUDA...

Tabiat menabung perlu disemai pada setiap orang cikgu supaya apabila mereka kesempitan wang, duit itu dapat membantu mereka dalam keadaan kecemasan dan tidak perlu lagi meminta ‘bank loan’ atau meminjam duit daripada ibubapa. Ia bukan saja dapat membantu keluarga anda menyelesaikan masalah kewangan tetapi juga berjaya mengelakkan pembaziran. Pada masa yang sama, tabungan yang dibuat secara kecil-kecilan itu nanti boleh digunakan untuk menampung pembiayaan pelajaran anak-anak pada masa akan datang.

Ada juga yang memang sukar mengamalkan tabiat baik menabung walaupun ia nampaknya sangat mudah. Di sini diberikan sedikit panduan untuk dikongsi bersama anda semua di Malaysia bagaimana caranya anda boleh berjimat cermat dan menabung secara bijak dan berhemah :

-Berhenti merokok : (Jimat Rm150)
-Memasak sendiri : (Jimat Rm300)
-Cuci kereta sendiri : (Jimat Rm50)
-Beriadah di rumah : (Jimat Rm100)
-Ajar anak anda sendiri : (Jimat Rm300)
-Kurangkan pembelian baju: (Jimat Rm150)
-Bawa bekalan ke tempat kerja : (Jimat Rm100)
-Bayar bil kredit kad pada masanya : (Jimat Rm100)
-Rancang pembelian barangan dapur : (Jimat Rm50)
-Berkongsi kereta ke tempat kerja : (Jimat Rm100)
-Mengguna SMS dan kurangkan panggilan telefon: (Jimat Rm100)
-Berkongsi surat khabar atau majalah dengan jiran: (Jimat Rm50)
-Jelaskan bil anda menggunakan kemudahan dalam Internet : (Jimat Rm50)

Jumlah jimat dalam satu bulan = Rm1500 (bersamaan dengan Rm50 sehari)

Bayangkan kalau semua jumlah yang dijimatkan tadi berjaya dikumpulkan pada tahun itu, anda boleh menabung sejumlah Rm18,000 setahun. Apa yang anda boleh buat dengannya ialah menggunakannya untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti dan yang lebih buatlah pelaburan saham amanah bagi mendapat pulangan jangka panjang yang menguntungkan.

Maka jelaslah bahawa tabiat menabung memang meuntungkan bukan sahaja pada cikgu sendiri tetapi keluarga cikgu juga dapat hidup dalam suasana yang lebih selesa dan harmoni. Kerana tanpa duit atau tidak cukup duit untuk berbelanja semasa kecemasan, seseorang atau sesebuah keluarga akan menjadi tidak tenteram dan akhirnya akan wujud suasana yang tidak aman sesama ahli keluarga. Akhir sekali, harap-harap artikel ini dapat meyakinkan anda semua untuk mula menabung demi masa dan saya pasti anda sudah bersedia menghadapi zaman kemelesetan ekonomi yang akan berlaku dalam jangkamasa 5 hingga 10 tahun akan datang. Yang pasti anda mestilah merangcang dalam perbelanjaan hidup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan