Petua Jika Anda Ada Pembantu Rumah Indonesia
Merapatkan jurang budaya di antara dua benua dan persehaman antara dua darjat adalah suatu tugas yang amat sukar. Namun toleransi dan persefahaman mampu meredakan tegangan.
Petua yang saya berikan di bawah mungkin boleh membantu anda bagi memahami pembantu dan mengurangkan jurang persefahaman terutama dalam tempoh penyesuaian di tahun pertama dan mengelakkan berlakunya penderaan dan mampu mengelakkan Pembantu rumah anda lari dari majikan, InsyaAllah :
1) Benarkan pembantu menghubungi keluarga di Indonesia apabila tiba memulakan kerja dirumah majikan. Kod panggilan murah Celcom 1310062xxxxxx Maxis 1320062xxxx. Digi 0062... Biasanya hp bermula dengan 8xxx . jika nombor yang diberikan bermula 08xx, abaikan 0. Contoh : 081375869008 ditukar kepada 132006281375869008 . Kod Indonesia ialah 0062 jika menggunakan Ring-Ring Card.
2) Pastikan makanan ruji (nasi) yang mencukupi untuk pembantu. Majikan selalu mengharapkan pembantu membuat seperti rumah sendiri. Sebaliknya pembantu biasanya segan untuk makan apa lagi dengan kehadiran majikan. Bertanyalah sekiranya pembantu belum makan dan suruhlah mereka makan dan rehat walaupun kadang-kadang mereka segan. Ada juga 'maid' yang kuat makan... apasalahnya menasihatnya dengan lembut agar dia berjimat cermat dan terangkan ekonomi negara sekarang semuanya barang mahal, sekali sekala bawa dia pergi pasar 'basah' dan jangan mengharapkan majikan saja membeli barang untuk keperluan yang tidak perlu (seperti membeli 'meggi' kerana 'maid' suka makan maggi') berkemungkinan mereka akan mengambil peluang atas kebaikan majikan.
3) Pastikan rehat dan tidur yang mencukupi untuk pembantu. Pembantu biasanya segan untuk berehat dengan kehadiran majikan.Waktu bekerja yang lazim 5.30 am hingga 10.00 pm. Rehat sewajarnya dalam tempoh itu. Apasalahnya anda juga membuat kerja rumah ' maid' sekadar membantu anda ketika anda bekerja sehari suntuk di luar, mereka bukan orang suruhan. Sepatutnya anda hanya mengjharapkan 50% mereka membuat kerja rumah dan selebihnya lebih baik anda menjalankan tugasan anda sebagai 'surirumahtangga'.
4) Cuti sehari seminggu seperti peraturan imigresen boleh diganti dengan bayaran ganjaran sewajarnya oleh majikan seperti pemberian bonus pada akhir tahun atau cuti bergaji penuh pada akhir tahun. (misalnya pembantu balik bercuti awal sebulan daripada tamat kontrak). Ini atas jasa majika juga, seringkali saya melihat 'majikan' agak tegas dengan membantu rumah ( ada juga 'maid' yang mencuri dan pengotor, saya nasihatkan agar anda sentiasa memerhati perilaku 'maid' anda, jika anda mampu pasanglah 'CCTV' dirumah, lebih terjamin dan senang mengambil tindakan.
5) Majikan sebaiknya jangan membawa masalah dan tekanan ditempat kerja ke rumah sehingga bertindak kasar dengan pembantu kerana masalah di tempat kerja. sepatutnya anda seharusnya bersyukur kerana adanya pembantu rumah yang sedia menguruskan anak-anak agar sihat dan bersih halaman rumah, selalulah bertanyakan masalah anak-anak dan makanan jika ada tidak cukup...sesungguhnya mereka lebih mengetahui.
6) Pembantu adalah manusia biasa yang bersosial. Jangan menyisihkan pembantu dan anggap mereka sebahagian keluarga yang harmoni. Jika membeli makanan, jangan hanya dibeli untuk kita sekeluarga sahaja. Beri mereka makan apa yang kita makan. Jangan sampai kita kenyang mereka lapar, kita gembira mereka bersedih, dan bawalah mereka 'makan angin' ketika bersama anda, apa salahnya anda memuji 'maid' anda tanda berterima kasih. sekadar menghargai jasa mereka...
7) Jangan mudah menengking dan meninggikan suara jika pembantu membuat kesalahan. Pembantu mungkin sensitif tetapi memendam rasa. Mereka manusia biasa yang ada perasaan dan perlu dihormati sebagai pekerja. Ajari dan teguri secara berhemah dan berlahan-lahan.. bahasa melayu agak berlainan dengan bahasa kita, anggaplah mereka macam 'budak kecil' yang baru bertatih... dan lihatlah perubahan dan selalu beri nasihat dalam tempoh 3 bulan itu.
8) Selalu bertanya keperluan asas mereka seperti perubatan, ubat dan berus gigi, sabun, tuala wanita dan lain-lain. Mereka mungkin segan untuk memberitahu majikan. Jangan sampai sehingga mereka mencuri guna barang majikan. Perbelanjaan keperluan asas, perubatan dan urusan permit mereka adalah tanggunggan majikan.
9) Pastikan pembantu tidak terlalu bebas. Pantau pergaulan sesama mereka mungkin mereka selalu bercakap perkara buruk tentang majikan dan membanding-banding. Tidak digalakkan pembantu memiliki handphone kecuali dirasakan sangat perlu. Awasi penggunaan dan bil telefon rumah anda. (mereka juga manusia macam kita... bersikap tegas dan berhati-hati ketika bergaul dengan mereka..)
10) Awasi pembantu sekiranya terdapat pekerja Indonesia yang berhampiran biasanya pekerja kontrak. Pembantu boleh cepat terpengaruh dengan pujukan lelaki. Jangan mudah percaya jika pembantu mungkin menyatakan mereka adalah saudara terdekat dan sepatutnya anda sebagai 'majikan' seharusnya memahami perangai 'maid' anda.
11) Awasi jika ada sindiket yang mendekati pembantu menawarkan pendapatan yang lumayan, memujuk pembantu melarikan diri.
12) Keinginan untuk bersosial dan seks adalah naluri biasa manusia, namun pantau agar ianya berada di landasan yang dibenarkan. Jangan sampai tindakan mereka melampaui batas seperti bergaul atau berkhalwat .
13) Jangan terlalu percaya kepada pernyataan pembantu rumah. Pembantu mungkin tidak bercakap benar demi menyembunyikan kesilapan dan kelemahan kerana mungkin takut kepada majikan.
14) Jangan menimbulkan kesangsian yang sembarangan kepada pembantu kerana ia akan menimbulkan ketidakselesaan untuk pembantu bertugas seterusnya. Sediakan bukti yang kukuh jika terdapat kes-kes kehilangan barang atau kes-kes lain.
15) Simpan passport dan buku bank pembantu ditempat yang selamat jangan sampai diambil oleh mereka. Passport jatuh ke tangan pembantu adalah peluang untuk berlakunya kes lari.
16) Majikan perlu membuka akaun bank, disarankan nama bersama majikan dan salah satu untuk transaksi. Tunjukkan resit kemasukan duit pada setiap bulan.
17) Jika pembantu menyatakan keinginan untuk pulang ke Indonesia kerana sebab-sebab yang dinyatakan, awasi, mungkin dia mempunyai masalah lain dengan majikan dan tidak akan kembali lagi.
18) Jika perlu pegang gaji pembantu sekitar 3 bulan gaji untuk mengelakkan kes-kes lari. Kadang-kadang pembantu memerlukan pinjaman daripada majikan untuk dihantar ke Indonesia, bersederhanalah dalam menghulurkan pinjaman tersebut.
19) Kebanyakan pembantu adalah daripada golongan miskin dan perantau mencari rezeki yang halal. Berlebih kuranglah dalam urusan kewangan dengan mereka, jangan terlalu berkira, semoga kita dimurahkan rezeki oleh Allah.
20) Pembantu anda adalah manusia yang unik sifat-sifat dan kebolehan masing-masing. Elakkan membanding-bandingkankan dengan pembantu sebelumnya atau pembantu orang lain yang lebih baik. Jangan terlalu memikirkan sikap buruk pembantu sebaliknya hargai sikap baik mereka dan manafaat yang kita perolehi. Terlalu memikirkan dan memperhatikan kelemahan tanpa memperbetulkannya hanya akan menambahkan masalah rumahtangga.
21) Pembantu biasanya adalah golongan yang kurang berpendidikan dan taraf sosio ekonominya rendah. Majikan harus faham keupayaan pembantu dan janganlah mengharapkan sesuatu yang melebihi kemampuan pembantu. Tatacara bekerja disetiap rumah juga adalah berbeza.Ajari pembantu dengan jelas dan sabar. Kadang-kadang pembantu perlu diajar berulang-ulang tentang sesuatu perkara.
22) Jangan memberi kepercayaan 100% kepada pembantu tentang perkara yang kritikal seperti keselamatan. Contohnya anda perlu sekali-sekala memantau adakah pintu atau pagar telah dikunci sebelum pergi tidur, penjagaan barangan elektrik dan aspek-aspek keselamatan lain.
23) Setengah pembantu kurang memahami bahasa Melayu terutama daripada Jawa. Kadang-kadang mereka kurang memahami arahan majikan dan istilah bahasa Malaysia tetapi takut untuk bertanya. Semasa komunikasi bagi mengelakkan salah faham.
24) Ajari pembantu tentang budaya kita Malaysia dan fahami perbezaan budaya mereka. Pegangan agama mereka kadang-kadang lebih longgar. Tunjukkan cara berpakaian yang sopan dan beli pakaian yang sesuai untuk mereka jika perlu. Awasi jika ada pengamalan tahyul dan syirik atau merokok.
25) Awasi tahap kebersihan dan ajari langkah keselamatan terutama dalam penggunaan barangan elektrik jika perlu. Setengah rumah pembantu di Indonesia tidak berelektrik. Awasi pintu kereta yang selalunya tidak bertutup rapat.
26) Jangan mendera secara fizikal,emosi atau mencabul, ia boleh memudaratkan majikan sekiranya laporan dibuat kepada konsulat atau polis.Penggunaan bahasa kesat dan ugutan oleh majikan adalah contoh penderaan emosi yang sering berlaku.
27) Jangan terlalu memandang rendah kepada mereka kerana kita memerlukan khidmat mereka. Anggap mereka sebagai pembantu dan bukan orang suruhan. Jangan menghina atau memperli bangsa mereka dihadapan mereka kerana ini akan menimbulkan kebencian mereka kepada kita.
28) Jangan meninggalkan kotoran peribadi seperti tuala wanita yang sudah dipakai untuk diuruskan pembantu. Pembantu mungkin merasakan kehinaan.
29) Jika boleh ajak pembantu makan bersama kita. Ini boleh mengeratkan perhubungan dan mempastikan beliau tidak memasukkan ramuan tambahan berupa ubat pengasih atau ubat penunduk dalam makanan. Kepercayaan tahyul amat berleluasa di setengah kawasan di Indonesia.
30) Layan pembantu dengan baik seperti mana kita mahu majikan kita berlaku baik kepada kita. Keseronakan mereka bekerja dan berkhidmat dengan kita harus dipupuk supaya majikan dan pembantu sentiasa mempunyai hubungan yang baik ,balasannya kita akan rasa anak-anak dan harta benda kita sentiasa selamat .
31) Pembantu mungkin terasa tersinggung dengan kata-kata kesat anak-anak kita walaupun masih kecil. Pembantu mungkin tidak berani menegur anak-anak sebaliknya memendam rasa. Tegur anak-anak jika perlu. Pembantu juga mempunyai hak perlindungan daripada majikan sepertimana anak-anak berhak mendapat perlindungan.
32) Barang berharga seperti barang kemas harus disimpan dengan baik bagi mengelakkan kes kecurian. Jika pembantu hendak pulang sebaiknya periksa beg pembantu dan barang simpanan kita sebagai langkah keselamatan jika dirasakan perlu. Jangan terlalu percaya walaupun pada zahirnya pembantu nampak baik dan alim. Jangan pula terlalu mencurigai sehingga menimbulkan rasa tidak selesa bagi pembantu. PALING PENTING : jangan harapkan membantu rumah mengemas bilik kamar anda, pastikan anda memerhati jika anda menyuruh mengemas bilik.
33) Anda tidak perlu menguji kejujuran pembantu, kebanyakan mereka adalah tidak jujur. Bayangkan mereka adalah daripada golongan bawahan dan anda perlu mengakui banyak kelemahan mereka.
34) Majikan tidak digalakkan memberi pelepasan cuti pembantu dan bermalam ditempat lain. Rancang cuti bersama pembantu atau tinggalkan pembantu dirumah saudara terdekat jika perlu. Pergaulan pembantu yang luas biasanya mengundang masalah.
35) Pemberian hadiah adalah kaedah terbaik dalam memupuk kemesraan dan kasih-sayang antara seorang majikan dan pembantu.Lakukan yang anda fikirkan terbaik kerana pembantu adalah 'asset' anda. Pemurahlah dengan orang yang sebenarnya banyak membantu kehidupan kita kerana mereka penjaga pada anak kita masa kita bekerja. Layani mereka sebagai seorang yang banyak berjasa kepada kita sekeluarga.
36) Elakkan pergaduhan dan pertengkaran yang berlanjutan dengan pembantu kerana ianya meng'aib'kan. Mereka kadang-kadang nekad untuk melarikan diri apabila terasa tersisih/tidak dihargai oleh majikan. Sebagai majikan gunalah kebijaksanaan dalam menyelesaikan sebarang masalah.
37) Majikan harus tegas dalam hal yang perlu tetapi mesti menjadi majikan yang penyayang dan berhati mulia bagi menimbulkan seseronakkan bagi pembantu bekerja dalam tempoh kontrak kerana ia suatu jangkamasa yang agak lama.
38) Bayaran perubatan di hospital kerajaan untuk pekerja asing adalah tinggi. Untuk kes kematian bayaran menghantar jenazah disekitar RM6000 atau lebih. Mengambil insurans akan mengurangkan beban majikan. Bayaran insurans Takaful Nasional adalah RM60 setahun.
39) Pembantu adalah manusia biasa yang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Amat sukar untuk mencari pembantu yang sempurna. Pembantu muda mungkin senang mengikut arahan tetapi mungkin cepat terpengaruh dengan lelaki. Pembantu tua mungkin kurang terpengaruh dengan lelaki tetapi kadang-kadang sukar untuk memahami arahan.
40) Tidak perlu memarahi pembantu dalam soal yang kecil atau remeh walaupun besar pada pandangan kita. Tegur dengan berhikmah contohnya jika pembantu menggunakan telefon atau barangan tanpa kebenaran kita. Ada kemungkinan pembantu melarikan diri kerana merasa bersalah atau kesalahannya akan diketahui.
41) Jangan memandang ringan soal hak pembantu kerana mungkin pada pandangan pembantu adalah suatu yang besar. Contohnya masalah gaji tidak dibayar dengan penuh atau dipotong tanpa hak, barangan dirampas dan sebagainya, kerana dikhuatiri pembantu akan berdendam dan mengambil tindakan yang diluar dugaan.
42) Dapatkan penilaian pembantu terhadap kita dengan mendapatkan maklum balas orang yang dekat dengan beliau contohnya pembantu rumah saudara kita. Jika pembantu mengatakan majikan kejam, mungkin kerana beliau merasa tertekan kerana selalu dimarahi. Jika mengatakan majikan 'kedekut', mungkin majikan terlalu berkira dengan pembantu. Jika mengatakan majikan tidak bagi cukup makan bermakna majikan tidak pernah menjaga hal ehwal makan minum mereka atau mereka merasa sukar untuk mendapat masa yang sesuai untuk makan.
43) Berusahalah mendidik pembantu terutama tentang agama. Pembantu agak daif dalam hal ini. Paling tidak bersama-samalah bersembahyang dengan ahli keluarga, kecuali berlainan agama.44) Tunjukkan kasih saying dan perihatin anda kepada pembantu seperti mereka sebahagian daripada keluarga kita. Ambil berat tentang kesihatan dan kebajikan mereka.
45) Ingatlah segala pemberian,layanan,tuturkata dan perbuatan baik kita terhadap pembantu takkan sia-sia dan pastinya akan mendapat ganjaran yang sawajarnya di akhirat nanti. Sebaliknya juga.Pembantu adalah asset anda. Uruskan mereka dengan baik dan kita memperolehi pelbagai manafaat daripadanya. Sekiranya kita tidak menguruskan dengan baik tidak mustahil kita akan kehilangannya.
Berikut adalah kemungkinan faktor-faktor pembantu rumah melarikan diri:
Faktor Majikan :
1) Selalu dimarahi tanpa berhikmah oleh majikan atau penghuni rumah yang lain seperti ibu bapa dan mertua.
2) Pembantu selalu ditengking dan diarah dengan suara yang tinggi.
3) Keadaan kerja yang memenatkan dan majikan tidak pernah bertanya dan mengambil hirau keadaan tersebut.
4) Keadaan persekitaran kerja yang tertekan atau kehidupan seumpama tahanan di rumah.
5) Pembantu merasakan majikan tidak memberikan cukup makanan ruji untuk mereka melakukan kerja. Majikan tidak pernah menjemput pembantu makan dan tidak pernah mengambil berat tentangnya. Biasanya akibat pembantu merasakan kekok untuk makan lebih lagi dengan kehadiran majikan.
6) Tidak tahan dengan kerenah anak-anak atau ahli rumah yang selalu menghina pembantu.
7) Majikan kurang berkomunikasi dengan pembantu menyebabkan pembantu merasa tersisih, terkongkong atau kesunyian.
8) Keadaan kerja yang terlalu terkongkong dan kadang-kadang tidak ada peluang langsung untuk bersosial.
9) Pembantu didera secara fizikal
Faktor Pembantu :
1) Dipengaruhi oleh pembantu jiran-jiran.
2) Pengaruh kenalan lelaki atau perempuan
3) Ditawarkan gaji dan kerja yang lumayan oleh kenalan atau sindiket.
4) Mengikut suami atau teman lelaki
5) Pengaruh dari keluarga di Indonesia.
6) Pembantu merasa tidak selamat akibat diancam atau khuatir tidak dibayar gaji.
7) Pembantu risau akan hilang kebolehan bercakap akibat terlalu jarang berkomunikasi.
8) Memang berniat untuk lari. Biasanya akan lari dalam tempoh beberapa hari dari ketibaan.
9) Pembantu menemui barang-barang berharga yang nilainya melebihi gaji mereka jika berkerja sehingga tamat kontrak.
10) Pembantu melakukan kesilapan besar dan takut berhadapan dengan majikan, contohnya merosakkan barang berharga.
11) Pembantu menemui passport merupakan peluang untuk membebaskan diri. ( jika mereka memerlukan salinan pasport, apasalahnya anda memberi 1 salinan pasport 'fotostat' kepada mereka)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan