Isnin, 9 Mac 2009

Tip Didik dengan Mudah...

Tip Didik anak dengan Cara Betul

Tabiat anak kerap berubah dalam kehidupan kanak-kanak. Semakin lama diamalkan, semakin sukar untuk sesuatu tabiat itu dikikis.Tabiat positif boleh membentuk keperibadian seseorang misalnya tabiat makan yang betul, membaca doa sebelum tidur, bangun awal dan bersenam setiap pagi.Malangnya, sesetengah tabiat kanak-kanak pula bercorak negatif dan selalunya tidak kekal tetapi ada berterusan bertahun-tahun lamanya.

TABIAT KEBIASAAN ANAK-ANAK NORMAL

Tabiat yang ditunjukkan kanak-kanak adalah sesuatu perkara yang lazim tetapi kadangkala cukup merunsingkan ibu bapa.Umpamanya, kanak-kanak pada usia dua tahun memang sering menunjukkan sikap panas baran jika kemahuannya tidak dituruti. Pada usia semuda ini, dia hanya mementingkan diri sendiri. Mereka sering mengatakan "tidak mahu" atau menggeleng kepala. Tabiat ini adalah normal. Ibu bapa tidak perlu membuang banyak masa memujuk rayu anak mereka. Seeloknya, turutkan saja kemahuan mereka tetapi jika kemahuan itu tidak wajar, tidak perlu dilayan. Kanak-kanak ini akan tahu akhirnya, menunjukkan sikap panas baran tidak membawa faedah. Di samping memberi pendidikan dan nasihat, pemikirannya akan cepat matang. Tabiat panas baran akan beransur-ansur hilang dan dia akan lebih tahu menggunakan bahasa untuk menyatakan kehendaknya. Kadangkala, tabiat yang dipamerkan seseorang kanak-kanak itu tidak sesuai lagi bagi usianya. Umpamanya, kanak-kanak berusia lima tahun menunjukkan sikap panas baran. Seeloknya, dapatkan nasihat pakar yang arif mengenai perkembangan dan tingkah laku kanak-kanak supaya asas tingkah laku si anak dapat difahami sekali gus dapat menggunakan kaedah keibubapaan yang efektif.

Jalan penyelesaian :

1. ikutkan saja kemahuannya.... menasihat dengan lembut dan menerangkan dengan lanjut kenapa perkara itu dilarang sama sekali.
2.Adalah dinasihatkan agar menasihati dengan lembut semasa anak anda hendak tidur..


TABIAT SEMASA TIDUR

Ada sesetengah tabiat itu boleh terbentuk sejak bayi lagi misalnya bayi berusia setahun sering terjaga pada waktu malam untuk menyusu. Lazimnya, bayi tidak lagi berjaga malam menjelang usianya lapan bulan. Jika ia berlaku, kemungkinan bayi itu sering diberikan susu botol apabila menangis pada waktu malam.Jika bayi menangis waktu malam, ibu bapa atau penjaga hendaklah menidurkannya semula dengan menepuk badan atau membuainya. Bayi perlu dilatih supaya mudah melelapkan mata. Tabiat tidur malam juga boleh dibentuk. Contohnya, bayi mungkin hanya terlelap apabila televisyen terpasang. Selepas dia tertidur, pindahkan dia ke tempat tidur.Ada juga kanak-kanak yang hanya boleh tidur nyenyak selepas dibacakan buku cerita.

Jalan penyelesaian :

1. Bagi anak tidur bersama susu (pastikan tidak tersedak..) sambil tepuk/ dodoi anak, kadang-kadang bayi mahu tidur bersama ibu kerana mahukan perlindungan.
2.Ajar anak tidur dalam gelap dan pastikan anda aturkan masa tidur masa mengikut jadual
3. Usahakan anak anda tidur dengan persekitaran yang selesa seperti menyapu minyak bayi di perut, tapak kaki dan belakang.
4. Tukar pakaian, 'pampers' yang lembut dan bersih semasa hendak tidur


TABIAT SEMASA MAKAN

Tabiat makan yang betul mudah dipupuk. Peraturan makan diperkenalkan sejak kecil akan mendorong mereka mengamalkannya sehingga dewasa. Misalnya, tabiat membasuh tangan sebelum makan, menggunakan sudu dan garpu, minum air hanya selepas makan dan seumpamanya.Kanak-kanak yang tidak digalakkan makan sayur-sayuran mungkin tidak akan menggemarinya apabila besar. Makan bersama keluarga dan berdoa sebelum makan akan menjadi tabiat jika dibiasakan. Anak-anak sering mencontohi perkara yang diamalkan ibu bapa. Jadi, tidak menghairankan jika mereka turut menggemari makanan yang digemari ibu bapa mereka selain makanan disediakan di rumah yang juga mempengaruhi tabiat makan anak-anak.

Jalan penyelesaian :

1. Tanya anak anda semasa hendak tidur makanan apa untuk keesokan hari untuk sarapan ...
2. Makan bersama anak anda sambil menceritakan khasiat makanan-makanan tersebut.
3. Usahakan makanan yang digemari dan hiasi makanan dengan warna ceria.


TABIAT MENJERIT

Kanak-kanak sering terikut-ikut dengan tingkah laku dan bahasa digunakan orang dewasa di sekelilingnya. Seorang kanak-kanak berusia lima tahun dikatakan selalu menjerit dan menggunakan perkataan yang kurang manis didengar. Ibu bapa adalah contoh kepada anak-anak. Jika mereka mempunyai sifat seperti murah hati, pelembut, bersopan santun, suka menolong orang dalam kesusahan dan suka membaca, amalan ini akan mudah diterap kepada anak. Sebaliknya, jika ibu bapa suka bergaduh dan pemarah, ciri negatif itu mungkin akan dipelajari anak-anak.

Jalan penyelesaian :

1. Larang anak anda apabila melihat perkelahian antara adik beradik
2. Terangkan dan pujuk untuk amalkan barangan untuk berkongsi
3. Ajar anak anda tentang sifat tolong menolong semasa kecil lagi


TABIAT SUKA MENGAMBIL BARANG ORANG LAIN

Kanak-kanak bawah usia dua tahun lazimnya tidak boleh membezakan barang milik orang lain dengan barang milik sendiri. Oleh itu, apabila ternampak sesuatu yang menarik minatnya, dia akan mengambil tanpa memikirkan perbuatan itu salah. Ada kalanya tabiat itu wujud akibat perasaan kurang selesa, serba kekurangan atau bosan

Jalan penyelesaian :

1. Pesan kepada anak jika mahu kerumah jiran ajar jangan ambil, jika anak anda berkenan pastikan anak anda memberitahu tuan rumah mahukan barang itu
2.Pastikan anda menasihati dengan lembut agar anak anda tidak buat perangai semasa mahu mengukut anda keluar.

Ahad, 8 Mac 2009

PETUA KURUS CARA MUDAH...

PETUA SELAMAT & BERKESAN UNTUK KURUS

1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula didalam darah. Kadar metabolisma juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.

15. Ambil makanan yang berempahSesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam MakananBijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan satu diari dan simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepadakeinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus semata-mata. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak jagung @ 'mazola'). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan 'hula hoop'. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilo kalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsingi. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihatii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas.
Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki 'lif'. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalamiv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darahv. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya ( sila amalkan.....)

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun. PERCAYALAH.. !!!

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak turunkan berat badan selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk kayu manis dan madu.

30. Badan Langsing Selepas Bersalin pula : mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini. Iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan PerutPetua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.

33. Kempiskan perut anda jika anda hendak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik..

So, macammana kawan-kawan.. jangan setakat baca sahaja nasihat saya diatas.. sila bagi komen dan kalau agak2 lupa nasihat saya ini, saya nasihatkan anda 'print' ajer info saya ini dan tampal kat dalam bilik, sebelum tidur anda rajin-rajinlah membaca dan mengamalkannya.

SELAMAT MENCUBA.

Sabtu, 7 Mac 2009

Tip berjimat cermat...

BERJIMAT CERMAT DI USIA MUDA...

Tabiat menabung perlu disemai pada setiap orang cikgu supaya apabila mereka kesempitan wang, duit itu dapat membantu mereka dalam keadaan kecemasan dan tidak perlu lagi meminta ‘bank loan’ atau meminjam duit daripada ibubapa. Ia bukan saja dapat membantu keluarga anda menyelesaikan masalah kewangan tetapi juga berjaya mengelakkan pembaziran. Pada masa yang sama, tabungan yang dibuat secara kecil-kecilan itu nanti boleh digunakan untuk menampung pembiayaan pelajaran anak-anak pada masa akan datang.

Ada juga yang memang sukar mengamalkan tabiat baik menabung walaupun ia nampaknya sangat mudah. Di sini diberikan sedikit panduan untuk dikongsi bersama anda semua di Malaysia bagaimana caranya anda boleh berjimat cermat dan menabung secara bijak dan berhemah :

-Berhenti merokok : (Jimat Rm150)
-Memasak sendiri : (Jimat Rm300)
-Cuci kereta sendiri : (Jimat Rm50)
-Beriadah di rumah : (Jimat Rm100)
-Ajar anak anda sendiri : (Jimat Rm300)
-Kurangkan pembelian baju: (Jimat Rm150)
-Bawa bekalan ke tempat kerja : (Jimat Rm100)
-Bayar bil kredit kad pada masanya : (Jimat Rm100)
-Rancang pembelian barangan dapur : (Jimat Rm50)
-Berkongsi kereta ke tempat kerja : (Jimat Rm100)
-Mengguna SMS dan kurangkan panggilan telefon: (Jimat Rm100)
-Berkongsi surat khabar atau majalah dengan jiran: (Jimat Rm50)
-Jelaskan bil anda menggunakan kemudahan dalam Internet : (Jimat Rm50)

Jumlah jimat dalam satu bulan = Rm1500 (bersamaan dengan Rm50 sehari)

Bayangkan kalau semua jumlah yang dijimatkan tadi berjaya dikumpulkan pada tahun itu, anda boleh menabung sejumlah Rm18,000 setahun. Apa yang anda boleh buat dengannya ialah menggunakannya untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti dan yang lebih buatlah pelaburan saham amanah bagi mendapat pulangan jangka panjang yang menguntungkan.

Maka jelaslah bahawa tabiat menabung memang meuntungkan bukan sahaja pada cikgu sendiri tetapi keluarga cikgu juga dapat hidup dalam suasana yang lebih selesa dan harmoni. Kerana tanpa duit atau tidak cukup duit untuk berbelanja semasa kecemasan, seseorang atau sesebuah keluarga akan menjadi tidak tenteram dan akhirnya akan wujud suasana yang tidak aman sesama ahli keluarga. Akhir sekali, harap-harap artikel ini dapat meyakinkan anda semua untuk mula menabung demi masa dan saya pasti anda sudah bersedia menghadapi zaman kemelesetan ekonomi yang akan berlaku dalam jangkamasa 5 hingga 10 tahun akan datang. Yang pasti anda mestilah merangcang dalam perbelanjaan hidup.

Khamis, 5 Mac 2009

PETUA BIJAK MENGGUNAKAN 'CREDIT CARD'

PETUA BIJAK MENGGUNAKAN KAD KREDIT

Penggunaan kad kredit yang tidak terkawal akan menyebabkan berlakunya perbelanjaan melebihi pendapatan. Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan berlakunya masalah hutang yang tidak dapat dilangsaikan. Makin lama hutang tertunggak, makin banyak pula ‘faedah’ yang terpaksa ditanggung oleh pengguna. Berikut beberapa tips yang boleh dijadikan panduan kepada para pengguna kad kredit.

1. Sebelum memiliki kad kredit, lebih baik anda berfikir dahulu, adakah menjadi satu kepentingan untuk anda memiliki kad kredit dan untuk apa anda memohon kad kerdit itu. Jika anda rasa tidak mampu mengawal diri daripada berbelanja berlebihan menggunakan kad kredit, elok anda batalkan sahaja niat anda untuk memohon kad kredit. Ianya lebih selamat daripada anda terpaksa menanggung beban hutang yang tidak berkesudahan.

2. Jika sudah memiliki kad kredit, ingat dan sentiasa tanam dalam diri anda agartidak boros ketika berbelanja menggunakan kad kredit. Kalau boleh, beli secara tunai sahaja dan elakkan berhutang. Apa yang paling penting ketika menggunakan kad kredit ialah disiplin. Jika tiada disiplin yang kuat dalam diri anda, maka berlakulah penyalahgunaan kad kredit.

3. Jika anda terdesak untuk menggunakan kad kredit terutama untuk perkara-perkara yang tidak dijangka dan kebetulan ketika waktu tersebut anda tidak mempunyai wang yang cukup, maka gunakanlah kad kredit anda. Dan jika anda berhajat untuk membeli sesuatu misalnya televisyen baru, gunakanlah pelan bayaran tanpa faedah. Buat masa ini banyak kedai-kedai yang menawarkan skim bayaran tanpa faedah untuk kemudahan pembelinya.

4. Cubalah untuk cari kedai-kedai yang menawarkan skim bayaran mudah yang menawarkan bayaran tanpa faedah untuk tempoh selama 6 bulan, 12 bulan, 24 bulan atau 36 bulan.

5. Jika anda memiliki baki tertunggak dalam sesebuah kad kredit, cubalah usahakan untuk memindahkan baki bayaran tertunggak anda kepada kad kredit yang menawarkan kadar faedah yang lebih rendah daripada kad kredit yang anda pakai sekarang. Tapi yang pasti, jangan tambah kad kredit. Bila sudah mohon kad kredit yang baru, pastikan anda membatalkan kad kredit yang sebelumnya untuk mengelakkan bertambahnya beban hutang anda.

6. Cuba disiplinkan diri anda untuk bayar jumlah penuh setiap perbelanjaan yang anda buat setiap bulan menggunakan kad kredit. Ini ialah untuk mengelakkan anda dikenakan bayaran faedah oleh pihak pengurusan kad kredit anda. Biasanya setiap kad kredit menawarkan 20 hari tanpa bayaran faedah. Namun apa yang paling utama sekali ialah disiplin ketika menggunakan kad kredit. Jika tidak sampai bila-bila pun anda gagal menguruskan kewangan anda dengan baik.

7. Cuba cari kad yuran tahunan PERCUMA. Buat apa anda bayar yuran tahunan itu memandangkan banyak bank sekarang menawarkan yuran tahunan percuma.

8. Cari bank yang menawarkan rebate, insuren, diskaun penginapan hotel, pakaian, makanan dan point mudah dikumpulkan.. ada setengah bank kad ini boleh menukarkan point kepada voucher isi minyak secara PERCUMA.

9. Jangan sesekali anda mengamalkan pembayaran minimum.. kerana bayaran dibulan hadapan akan semakin bertambah. Selalulah bertanyakan 'khidmat pelanggan' kad tersebut jika ada sebarang masalah dan pertanyaan. Semuanya tidak dikenakan charge...

10. Saya nasihatkan anda gunakan 1 @ 2 jenis kat sahaja, memandangkan senang kumpul point dan menguruskan pembayaran. Jika anda meggunakan kad kredit yang banyak, boleh mengundang kepada hutang dalam bil yang banyak, sekaligus memudahkan anda mengamalkan sifat suka berhutang.

11. Jangan lupa mengambil 'free gift' jika ada sebarang promosi kad terbabit. Sebenarnya banyak lagi keistimewaan ssesiapa yang menggunakan 'kad kredit'. Tetapi pastikan anda berwaspada dan berhemah semasa 'menswip' kad 'hutang' ini.

12. Sentiasa menyimpan resit pembayaran dan semak selepas bil kad kredit anda sampai. Jika ada sebarang kemuskilan anda boleh membuat aduan.

13. Jika anda berada di luar negara, pastikan anda memberitahu pihak bank yang anda mahu mengaktifkan kad tersebut jika anda memerlukan penggunaan kad ketika diluar sana, berkemungkinan kad anda tidak dapat digunakan dalam situasi kecemasan.

14. Jika anda mahu 'credit limit' boleh ditambah pada setiap tahun. Ini bertujuan untuk anda menggunakannya membeli barangan yang mahal dan melancong... pastikan anda dapat menjelaskan ansuran seperti peraturan yang ditetapkan.

Rahsia Sifat Jenis Darah Anda....

Yang manakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu, mampu menggambarkan personaliti sebenardiri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?

DARAH O

-Individu yang memiliki jenis darah dari kategori inidisifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan keboleh anda sendiri.
-Selain itu individu dari kategori ini juga seringbersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa juaperkara yang ingin dilakukan khususnya yangmelibatkan kerja-kerja berkumpulan.
-Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.
-Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.
-Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri.
-Oleh yangdemikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A

-Keharmonian dan keamanan adalah matlamatutama dalam hidup kamu.
-Kamu gemar melakukankerja-kerja secara berkumpulan dan kamu jugagemar melibatkan diri dengan berpersatuan.
-Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu.
-Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang.
-Walaubagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidakmengendahkan langsung waktu untuk berehat.
-Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B

-Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat denganmu.
-Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.
-Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri.
-Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel,mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.Kamu adalah individu yang bijak bersosial.
-Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu,mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekaligus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri.
-Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB

-Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.
-Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
-Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu.
-Kamu perlu lebih bijak danberani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

Jadi anda dalam katogeri darah yang mana ?

Selasa, 3 Mac 2009

Petua : PEMBANTU RUMAH & MAJIKAN....

Petua Jika Anda Ada Pembantu Rumah Indonesia

Merapatkan jurang budaya di antara dua benua dan persehaman antara dua darjat adalah suatu tugas yang amat sukar. Namun toleransi dan persefahaman mampu meredakan tegangan.
Petua yang saya berikan di bawah mungkin boleh membantu anda bagi memahami pembantu dan mengurangkan jurang persefahaman terutama dalam tempoh penyesuaian di tahun pertama dan mengelakkan berlakunya penderaan dan mampu mengelakkan Pembantu rumah anda lari dari majikan, InsyaAllah :

1) Benarkan pembantu menghubungi keluarga di Indonesia apabila tiba memulakan kerja dirumah majikan. Kod panggilan murah Celcom 1310062xxxxxx Maxis 1320062xxxx. Digi 0062... Biasanya hp bermula dengan 8xxx . jika nombor yang diberikan bermula 08xx, abaikan 0. Contoh : 081375869008 ditukar kepada 132006281375869008 . Kod Indonesia ialah 0062 jika menggunakan Ring-Ring Card.

2) Pastikan makanan ruji (nasi) yang mencukupi untuk pembantu. Majikan selalu mengharapkan pembantu membuat seperti rumah sendiri. Sebaliknya pembantu biasanya segan untuk makan apa lagi dengan kehadiran majikan. Bertanyalah sekiranya pembantu belum makan dan suruhlah mereka makan dan rehat walaupun kadang-kadang mereka segan. Ada juga 'maid' yang kuat makan... apasalahnya menasihatnya dengan lembut agar dia berjimat cermat dan terangkan ekonomi negara sekarang semuanya barang mahal, sekali sekala bawa dia pergi pasar 'basah' dan jangan mengharapkan majikan saja membeli barang untuk keperluan yang tidak perlu (seperti membeli 'meggi' kerana 'maid' suka makan maggi') berkemungkinan mereka akan mengambil peluang atas kebaikan majikan.

3) Pastikan rehat dan tidur yang mencukupi untuk pembantu. Pembantu biasanya segan untuk berehat dengan kehadiran majikan.Waktu bekerja yang lazim 5.30 am hingga 10.00 pm. Rehat sewajarnya dalam tempoh itu. Apasalahnya anda juga membuat kerja rumah ' maid' sekadar membantu anda ketika anda bekerja sehari suntuk di luar, mereka bukan orang suruhan. Sepatutnya anda hanya mengjharapkan 50% mereka membuat kerja rumah dan selebihnya lebih baik anda menjalankan tugasan anda sebagai 'surirumahtangga'.

4) Cuti sehari seminggu seperti peraturan imigresen boleh diganti dengan bayaran ganjaran sewajarnya oleh majikan seperti pemberian bonus pada akhir tahun atau cuti bergaji penuh pada akhir tahun. (misalnya pembantu balik bercuti awal sebulan daripada tamat kontrak). Ini atas jasa majika juga, seringkali saya melihat 'majikan' agak tegas dengan membantu rumah ( ada juga 'maid' yang mencuri dan pengotor, saya nasihatkan agar anda sentiasa memerhati perilaku 'maid' anda, jika anda mampu pasanglah 'CCTV' dirumah, lebih terjamin dan senang mengambil tindakan.

5) Majikan sebaiknya jangan membawa masalah dan tekanan ditempat kerja ke rumah sehingga bertindak kasar dengan pembantu kerana masalah di tempat kerja. sepatutnya anda seharusnya bersyukur kerana adanya pembantu rumah yang sedia menguruskan anak-anak agar sihat dan bersih halaman rumah, selalulah bertanyakan masalah anak-anak dan makanan jika ada tidak cukup...sesungguhnya mereka lebih mengetahui.

6) Pembantu adalah manusia biasa yang bersosial. Jangan menyisihkan pembantu dan anggap mereka sebahagian keluarga yang harmoni. Jika membeli makanan, jangan hanya dibeli untuk kita sekeluarga sahaja. Beri mereka makan apa yang kita makan. Jangan sampai kita kenyang mereka lapar, kita gembira mereka bersedih, dan bawalah mereka 'makan angin' ketika bersama anda, apa salahnya anda memuji 'maid' anda tanda berterima kasih. sekadar menghargai jasa mereka...

7) Jangan mudah menengking dan meninggikan suara jika pembantu membuat kesalahan. Pembantu mungkin sensitif tetapi memendam rasa. Mereka manusia biasa yang ada perasaan dan perlu dihormati sebagai pekerja. Ajari dan teguri secara berhemah dan berlahan-lahan.. bahasa melayu agak berlainan dengan bahasa kita, anggaplah mereka macam 'budak kecil' yang baru bertatih... dan lihatlah perubahan dan selalu beri nasihat dalam tempoh 3 bulan itu.

8) Selalu bertanya keperluan asas mereka seperti perubatan, ubat dan berus gigi, sabun, tuala wanita dan lain-lain. Mereka mungkin segan untuk memberitahu majikan. Jangan sampai sehingga mereka mencuri guna barang majikan. Perbelanjaan keperluan asas, perubatan dan urusan permit mereka adalah tanggunggan majikan.

9) Pastikan pembantu tidak terlalu bebas. Pantau pergaulan sesama mereka mungkin mereka selalu bercakap perkara buruk tentang majikan dan membanding-banding. Tidak digalakkan pembantu memiliki handphone kecuali dirasakan sangat perlu. Awasi penggunaan dan bil telefon rumah anda. (mereka juga manusia macam kita... bersikap tegas dan berhati-hati ketika bergaul dengan mereka..)

10) Awasi pembantu sekiranya terdapat pekerja Indonesia yang berhampiran biasanya pekerja kontrak. Pembantu boleh cepat terpengaruh dengan pujukan lelaki. Jangan mudah percaya jika pembantu mungkin menyatakan mereka adalah saudara terdekat dan sepatutnya anda sebagai 'majikan' seharusnya memahami perangai 'maid' anda.

11) Awasi jika ada sindiket yang mendekati pembantu menawarkan pendapatan yang lumayan, memujuk pembantu melarikan diri.

12) Keinginan untuk bersosial dan seks adalah naluri biasa manusia, namun pantau agar ianya berada di landasan yang dibenarkan. Jangan sampai tindakan mereka melampaui batas seperti bergaul atau berkhalwat .

13) Jangan terlalu percaya kepada pernyataan pembantu rumah. Pembantu mungkin tidak bercakap benar demi menyembunyikan kesilapan dan kelemahan kerana mungkin takut kepada majikan.

14) Jangan menimbulkan kesangsian yang sembarangan kepada pembantu kerana ia akan menimbulkan ketidakselesaan untuk pembantu bertugas seterusnya. Sediakan bukti yang kukuh jika terdapat kes-kes kehilangan barang atau kes-kes lain.

15) Simpan passport dan buku bank pembantu ditempat yang selamat jangan sampai diambil oleh mereka. Passport jatuh ke tangan pembantu adalah peluang untuk berlakunya kes lari.

16) Majikan perlu membuka akaun bank, disarankan nama bersama majikan dan salah satu untuk transaksi. Tunjukkan resit kemasukan duit pada setiap bulan.

17) Jika pembantu menyatakan keinginan untuk pulang ke Indonesia kerana sebab-sebab yang dinyatakan, awasi, mungkin dia mempunyai masalah lain dengan majikan dan tidak akan kembali lagi.

18) Jika perlu pegang gaji pembantu sekitar 3 bulan gaji untuk mengelakkan kes-kes lari. Kadang-kadang pembantu memerlukan pinjaman daripada majikan untuk dihantar ke Indonesia, bersederhanalah dalam menghulurkan pinjaman tersebut.

19) Kebanyakan pembantu adalah daripada golongan miskin dan perantau mencari rezeki yang halal. Berlebih kuranglah dalam urusan kewangan dengan mereka, jangan terlalu berkira, semoga kita dimurahkan rezeki oleh Allah.

20) Pembantu anda adalah manusia yang unik sifat-sifat dan kebolehan masing-masing. Elakkan membanding-bandingkankan dengan pembantu sebelumnya atau pembantu orang lain yang lebih baik. Jangan terlalu memikirkan sikap buruk pembantu sebaliknya hargai sikap baik mereka dan manafaat yang kita perolehi. Terlalu memikirkan dan memperhatikan kelemahan tanpa memperbetulkannya hanya akan menambahkan masalah rumahtangga.

21) Pembantu biasanya adalah golongan yang kurang berpendidikan dan taraf sosio ekonominya rendah. Majikan harus faham keupayaan pembantu dan janganlah mengharapkan sesuatu yang melebihi kemampuan pembantu. Tatacara bekerja disetiap rumah juga adalah berbeza.Ajari pembantu dengan jelas dan sabar. Kadang-kadang pembantu perlu diajar berulang-ulang tentang sesuatu perkara.

22) Jangan memberi kepercayaan 100% kepada pembantu tentang perkara yang kritikal seperti keselamatan. Contohnya anda perlu sekali-sekala memantau adakah pintu atau pagar telah dikunci sebelum pergi tidur, penjagaan barangan elektrik dan aspek-aspek keselamatan lain.

23) Setengah pembantu kurang memahami bahasa Melayu terutama daripada Jawa. Kadang-kadang mereka kurang memahami arahan majikan dan istilah bahasa Malaysia tetapi takut untuk bertanya. Semasa komunikasi bagi mengelakkan salah faham.

24) Ajari pembantu tentang budaya kita Malaysia dan fahami perbezaan budaya mereka. Pegangan agama mereka kadang-kadang lebih longgar. Tunjukkan cara berpakaian yang sopan dan beli pakaian yang sesuai untuk mereka jika perlu. Awasi jika ada pengamalan tahyul dan syirik atau merokok.

25) Awasi tahap kebersihan dan ajari langkah keselamatan terutama dalam penggunaan barangan elektrik jika perlu. Setengah rumah pembantu di Indonesia tidak berelektrik. Awasi pintu kereta yang selalunya tidak bertutup rapat.

26) Jangan mendera secara fizikal,emosi atau mencabul, ia boleh memudaratkan majikan sekiranya laporan dibuat kepada konsulat atau polis.Penggunaan bahasa kesat dan ugutan oleh majikan adalah contoh penderaan emosi yang sering berlaku.

27) Jangan terlalu memandang rendah kepada mereka kerana kita memerlukan khidmat mereka. Anggap mereka sebagai pembantu dan bukan orang suruhan. Jangan menghina atau memperli bangsa mereka dihadapan mereka kerana ini akan menimbulkan kebencian mereka kepada kita.

28) Jangan meninggalkan kotoran peribadi seperti tuala wanita yang sudah dipakai untuk diuruskan pembantu. Pembantu mungkin merasakan kehinaan.

29) Jika boleh ajak pembantu makan bersama kita. Ini boleh mengeratkan perhubungan dan mempastikan beliau tidak memasukkan ramuan tambahan berupa ubat pengasih atau ubat penunduk dalam makanan. Kepercayaan tahyul amat berleluasa di setengah kawasan di Indonesia.

30) Layan pembantu dengan baik seperti mana kita mahu majikan kita berlaku baik kepada kita. Keseronakan mereka bekerja dan berkhidmat dengan kita harus dipupuk supaya majikan dan pembantu sentiasa mempunyai hubungan yang baik ,balasannya kita akan rasa anak-anak dan harta benda kita sentiasa selamat .

31) Pembantu mungkin terasa tersinggung dengan kata-kata kesat anak-anak kita walaupun masih kecil. Pembantu mungkin tidak berani menegur anak-anak sebaliknya memendam rasa. Tegur anak-anak jika perlu. Pembantu juga mempunyai hak perlindungan daripada majikan sepertimana anak-anak berhak mendapat perlindungan.

32) Barang berharga seperti barang kemas harus disimpan dengan baik bagi mengelakkan kes kecurian. Jika pembantu hendak pulang sebaiknya periksa beg pembantu dan barang simpanan kita sebagai langkah keselamatan jika dirasakan perlu. Jangan terlalu percaya walaupun pada zahirnya pembantu nampak baik dan alim. Jangan pula terlalu mencurigai sehingga menimbulkan rasa tidak selesa bagi pembantu. PALING PENTING : jangan harapkan membantu rumah mengemas bilik kamar anda, pastikan anda memerhati jika anda menyuruh mengemas bilik.

33) Anda tidak perlu menguji kejujuran pembantu, kebanyakan mereka adalah tidak jujur. Bayangkan mereka adalah daripada golongan bawahan dan anda perlu mengakui banyak kelemahan mereka.

34) Majikan tidak digalakkan memberi pelepasan cuti pembantu dan bermalam ditempat lain. Rancang cuti bersama pembantu atau tinggalkan pembantu dirumah saudara terdekat jika perlu. Pergaulan pembantu yang luas biasanya mengundang masalah.

35) Pemberian hadiah adalah kaedah terbaik dalam memupuk kemesraan dan kasih-sayang antara seorang majikan dan pembantu.Lakukan yang anda fikirkan terbaik kerana pembantu adalah 'asset' anda. Pemurahlah dengan orang yang sebenarnya banyak membantu kehidupan kita kerana mereka penjaga pada anak kita masa kita bekerja. Layani mereka sebagai seorang yang banyak berjasa kepada kita sekeluarga.

36) Elakkan pergaduhan dan pertengkaran yang berlanjutan dengan pembantu kerana ianya meng'aib'kan. Mereka kadang-kadang nekad untuk melarikan diri apabila terasa tersisih/tidak dihargai oleh majikan. Sebagai majikan gunalah kebijaksanaan dalam menyelesaikan sebarang masalah.

37) Majikan harus tegas dalam hal yang perlu tetapi mesti menjadi majikan yang penyayang dan berhati mulia bagi menimbulkan seseronakkan bagi pembantu bekerja dalam tempoh kontrak kerana ia suatu jangkamasa yang agak lama.

38) Bayaran perubatan di hospital kerajaan untuk pekerja asing adalah tinggi. Untuk kes kematian bayaran menghantar jenazah disekitar RM6000 atau lebih. Mengambil insurans akan mengurangkan beban majikan. Bayaran insurans Takaful Nasional adalah RM60 setahun.

39) Pembantu adalah manusia biasa yang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Amat sukar untuk mencari pembantu yang sempurna. Pembantu muda mungkin senang mengikut arahan tetapi mungkin cepat terpengaruh dengan lelaki. Pembantu tua mungkin kurang terpengaruh dengan lelaki tetapi kadang-kadang sukar untuk memahami arahan.

40) Tidak perlu memarahi pembantu dalam soal yang kecil atau remeh walaupun besar pada pandangan kita. Tegur dengan berhikmah contohnya jika pembantu menggunakan telefon atau barangan tanpa kebenaran kita. Ada kemungkinan pembantu melarikan diri kerana merasa bersalah atau kesalahannya akan diketahui.

41) Jangan memandang ringan soal hak pembantu kerana mungkin pada pandangan pembantu adalah suatu yang besar. Contohnya masalah gaji tidak dibayar dengan penuh atau dipotong tanpa hak, barangan dirampas dan sebagainya, kerana dikhuatiri pembantu akan berdendam dan mengambil tindakan yang diluar dugaan.

42) Dapatkan penilaian pembantu terhadap kita dengan mendapatkan maklum balas orang yang dekat dengan beliau contohnya pembantu rumah saudara kita. Jika pembantu mengatakan majikan kejam, mungkin kerana beliau merasa tertekan kerana selalu dimarahi. Jika mengatakan majikan 'kedekut', mungkin majikan terlalu berkira dengan pembantu. Jika mengatakan majikan tidak bagi cukup makan bermakna majikan tidak pernah menjaga hal ehwal makan minum mereka atau mereka merasa sukar untuk mendapat masa yang sesuai untuk makan.

43) Berusahalah mendidik pembantu terutama tentang agama. Pembantu agak daif dalam hal ini. Paling tidak bersama-samalah bersembahyang dengan ahli keluarga, kecuali berlainan agama.44) Tunjukkan kasih saying dan perihatin anda kepada pembantu seperti mereka sebahagian daripada keluarga kita. Ambil berat tentang kesihatan dan kebajikan mereka.

45) Ingatlah segala pemberian,layanan,tuturkata dan perbuatan baik kita terhadap pembantu takkan sia-sia dan pastinya akan mendapat ganjaran yang sawajarnya di akhirat nanti. Sebaliknya juga.Pembantu adalah asset anda. Uruskan mereka dengan baik dan kita memperolehi pelbagai manafaat daripadanya. Sekiranya kita tidak menguruskan dengan baik tidak mustahil kita akan kehilangannya.


Berikut adalah kemungkinan faktor-faktor pembantu rumah melarikan diri:


Faktor Majikan :

1) Selalu dimarahi tanpa berhikmah oleh majikan atau penghuni rumah yang lain seperti ibu bapa dan mertua.
2) Pembantu selalu ditengking dan diarah dengan suara yang tinggi.
3) Keadaan kerja yang memenatkan dan majikan tidak pernah bertanya dan mengambil hirau keadaan tersebut.
4) Keadaan persekitaran kerja yang tertekan atau kehidupan seumpama tahanan di rumah.
5) Pembantu merasakan majikan tidak memberikan cukup makanan ruji untuk mereka melakukan kerja. Majikan tidak pernah menjemput pembantu makan dan tidak pernah mengambil berat tentangnya. Biasanya akibat pembantu merasakan kekok untuk makan lebih lagi dengan kehadiran majikan.
6) Tidak tahan dengan kerenah anak-anak atau ahli rumah yang selalu menghina pembantu.
7) Majikan kurang berkomunikasi dengan pembantu menyebabkan pembantu merasa tersisih, terkongkong atau kesunyian.
8) Keadaan kerja yang terlalu terkongkong dan kadang-kadang tidak ada peluang langsung untuk bersosial.
9) Pembantu didera secara fizikal

Faktor Pembantu :

1) Dipengaruhi oleh pembantu jiran-jiran.
2) Pengaruh kenalan lelaki atau perempuan
3) Ditawarkan gaji dan kerja yang lumayan oleh kenalan atau sindiket.
4) Mengikut suami atau teman lelaki
5) Pengaruh dari keluarga di Indonesia.
6) Pembantu merasa tidak selamat akibat diancam atau khuatir tidak dibayar gaji.
7) Pembantu risau akan hilang kebolehan bercakap akibat terlalu jarang berkomunikasi.
8) Memang berniat untuk lari. Biasanya akan lari dalam tempoh beberapa hari dari ketibaan.
9) Pembantu menemui barang-barang berharga yang nilainya melebihi gaji mereka jika berkerja sehingga tamat kontrak.
10) Pembantu melakukan kesilapan besar dan takut berhadapan dengan majikan, contohnya merosakkan barang berharga.
11) Pembantu menemui passport merupakan peluang untuk membebaskan diri. ( jika mereka memerlukan salinan pasport, apasalahnya anda memberi 1 salinan pasport 'fotostat' kepada mereka)

REAL HOT KISSING !!!

THE BEST KISSING AND HOW TO DO !

Below you will find a variety of kiss types. If you find some that catch your fancy, feel free to try them, GOOD LUCK !!

Butterfly Kiss - With your faces less than a breath away, open and close your eyelids against your partners. If done correctly, the fluttering sensation will match the one in your heart.

Cheek Kiss - A friendly, "I really like you" kiss. Often the preferred kissing method of a first date. With your hands on your partner's shoulders, gently brush your lips across her cheek

Earlobe Kiss - Gently sip and suck the earlobe. Avoid louder sucking noises as ears are sensitized noise detectors.

Eskimo Kiss - With your faces less than a breath apart, gently rub your noses together.

Freeze Kiss (or Melt Kiss) - Experiment with this fun kiss. Put a small piece of ice in your mouth, then open mouth and kiss your partner, passing them the ice with your tongue. It's an erotic and sensual french kiss with a twist of cold.

Foot Kiss - An erotic and romantic gesture. It may tickle, but relax and enjoy it! To give a toe kiss by gently suck the toes and then lightly kissing the foot. It helps to gently massage the base of the foot while performing the kiss.

Forehead Kiss - The "motherly" kiss or "just friends" kiss. The forehead kiss can be a comforting kiss to anyone. Simply brush your lips lightly across the crown of their head.

French Kiss - The kiss involving the tongue. Some call this the "Soul Kiss" because the life and soul are thought to pass through the mouth's breath in the exchange across tongues.

Surprisingly, the French call this "The English Kiss". Girls Kissing
Fruity Kiss - Take a small piece of fruit and place between your lips (juicy fruits such as grapes, strawberries, small pieces of pineapple or mango are ideal). Kiss your partner and nibble one half of the piece of fruit while they nibble the other until it breaks in half, allowing the juice to run into your mouths.

Hand Kiss - Gently raise her hand to your lips. Lightly brush your lips across the top of her hand. Historically this kiss was performed with a bow, which showed deference to a lady.

Hickey Kiss - The object is not to draw blood, but to gently leave a mark that will prove your interlude was not a dream. This is often included in erotic foreplay.

Mistletoe Kiss - Surprise your lover by capturing them with a gentle holiday kiss under the mistletoe. This is also a good method for shyer individuals to steal a kiss from a potential lover.

Letter Kiss - Send your lover a kiss in a love letter by writing the letter x several times in a row at the bottom of a letter such as XXXXX.

Neck Nibble Kiss - Gently nibble up and down your partners neck. End with a gentle kiss on the lips.

Nip Kiss - This kiss can create a very erotic sensation. While kissing your partner, ever so gently nibble on their lips. You must be very careful not to bite to hard or hurt your partner. When done correctly, this kiss ignites wonderful sensations.

Shoulder Kiss - Simply come from behind, embrace her, and kiss the top of her shoulder. This is a sensual, loving kiss.

Sip Kiss - Take a small sip of your favorite drink. Leaving a little bit of it on your lips, kiss your partner. It is a unique way to create a sensual feeling and your partner will enjoy it.
Talking Kiss - Whisper sweet nothings into your partner's mouth. If caught in the act, simply say as Chico Marx, "I wasn't kissing her. I was whispering into her mouth."

Tiger Kiss - Quietly sneak up behind your partner making sure they do not know what you are going to do. Out of the blue, grab them and gently bite their neck. Make sure to get a few good growls in too. This will surely surprise them.

Trickle Kiss - Take a sip of a favourite drink and trickle it slowly into partner's mouth while kissing.

Tongue Sucking - A variation of the French kiss. During an open-mouth kiss gently suck on your partner's tongue (not too hard because it may hurt). Very sexy :-)

Quickie Kiss - When you're in a rush. Often the nose gets it rather than the lips.

Vacuum Kiss - While kissing open-mouthed, slightly suck in as if you were sucking the air from your partners mouth. This is a playful kiss.

Virtual Kiss - For Internet lovers. Send an e-card or a kiss via email with this symbol: :-* .



WHAT THE KISSING MEAN ????

Kiss on the hand - I adore you.
Kiss on the cheek - I just want to be friends.
Kiss on the chin - You are cute!
Kiss on the neck - I want you.
Kiss on the lips - I love you.
Kiss on the ears - Let's have some fun.
Kiss anywhere else - You're the best.